About Us

Takkan Melayu Hilang Di Dunia!

The Malay Association of Western Australia was incorporated on 5 March 1985 under the Association Incorporation Act 1987.

Article 2 of the 1985 Constitution stated that, the objects of the organisation are:

  • To  promote and preserve the cultural heritage of the Malay community of Western  Australia  and without limiting the generality of the  foregoing to encourage the teaching of the Malay  lan guage, coordinate Malay cultural activities, arrange  for the sporting, social and welfare needs of the members and to provide any other facility necessary for the betterment of the  Malays in this country.
  • To associate with other organisations whose aims and interests are similar to this association.

MAWA Constitution

The association is governed by the Constitution which can be downloaded from below link:

MAWA Constitution

MAWA Committee

Current MAWA Committee is as follows:

PRESIDENT: HADI ASSANTEH JP
VICE PRESIDENT: ZIE COOPER
SECRETARY: WAN MUHAMMAD IMRAN WAN MOHAMED SAID
ASSISTANT SECRETARY: AHMAD FAUZI ABDULLAH
TREASURER: MUHAMMAD FIRDAUS KAMARUDDIN

COMMITTEE MEMBER: HJ KAMARUDDIN ABD RAHMAN
COMMITTEE MEMBER: SARIPAH SYED OTHMAN
COMMITTEE MEMBER:  HJ ABDUL RAHMAN YAHYA
COMMITTEE MEMBER: MARWIAH LIKLEE
COMMITTEE MEMBER:  MUHAMAD NORSHAM ABDUL SAMAD
COMMITTEE MEMBER: MU ADZ BUDIMAN

Committee Bio

PRESIDENT: HADI ASSANTEH JP

Hadi seorang ejen migrasi yang berdaftar dengan Department of Immigration and Border Protection Australia. Mempunyai lebih 10 tahun berpengalaman dalam bidang visa dan penghijrahan ke Australia dan telah membantu ramai orang mendapatkan visa penduduk tetap, visa kerja dan lain-lain. Hadi juga adalah ahli lembaga Noranda Primary school serta salah saorang ahli jawatankuasa Dunia Melayu Dunia Islam Australia Barat (DMDI Western Australia). Sebagai Presiden MAWA beliau berazam untuk mengekalkan budaya dan tradisi Melayu di Australia Barat ini dengan memberi penekanan usaha-usaha pendidikan dan silaturrahim antara masyarakat Melayu Australia Barat.

VICE PRESIDENT: ZIE COOPER

Coming soon

SECRETARY: WAN MUHAMMAD IMRAN WAN MOHAMED SAID

Wan Imran adalah seorang professional dalam bidang minyak dan gas. Berasal dari Kuala Lumpur dan pernah bertugas dengan Shell, Texas Instruments dan CIMB di Malaysia. Beliau berpindah ke Brisbane dan mendapat tawaran kerja bersama syarikat multinasional Sinopec pada tahun 2012. Kerjaya beliau membawanya ke Perth setahun selepas itu dan di Perth bergiat dengan MAWA dan Radio Melayu Perth sebagai produser dan penyampai. Beliau berpendidikan Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal dari Imperial College London, UK; Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari University of Sheffield, UK dan juga MBA dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kini beliau tinggal di Winthrop tidak jauh dari Fremantle bersama isteri dan dua orang anak.

ASSISTANT SECRETARY: AHMAD FAUZI ABDULLAH

Ahmad Fauzi Abdullah berasal dari Shah Alam dan sudah berada di Perth sejak tahun 2001 ketika melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Curtin University. Selepas tamat pengajian, beliau bertugas sebagai dalam bidang IT di sebuah pusat komputer sebelum memegang jawatan sebagai Network Controller dengan sebuah syarikat jaringan GPS terkemuka sehingga pertengahan tahun ini. Beliau adalah produser dan penyampai untuk Radio Melayu Perth dan dikenali dengan gelaran DJ Foz dikalangan peminat-peminat beliau. Beliau juga bergiat aktif dalam aktiviti anjuran MAWA dan program-program berkaitan dengan masyarakat Melayu dan pelajar Malaysia sekitar Perth. Kini beliau merupakan Pengarah Pemasaran untuk syarikat Makan Angin Perth Pty Ltd. Beliau adalah pemegang ijazah sarjana dalam E-Commerce dari Curtin University dan ijazah Sarjana Muda dalam Pemasaran dari UiTM. Beliau tinggal di Bateman bersama isteri dan seorang anak.

TREASURER: MUHAMMAD FIRDAUS KAMARUDDIN

Coming soon

COMMITTEE MEMBER: MARWIAH LIKLEE

Dilahirkan di Singapura, ibu dari Johor, Malaysia; bapa dari Indonesia. Belajar di Singapore Institute of Commerce. Pernah bekerja di firma undang-undang sebagai pentadbir pejabat. Saya telah tinggal di Malaysia dan United Kingdom. Berpindah ke Australia pada tahun1997. Saya mempunyai tiga orang anak. Hobi saya adalah membaca. Masa paling membanggakan saya ialah apabila anak bongsu saya telah diterima oleh Perth Modern School.
Wawasan saya untuk masa depan adalah untuk MAWA untuk mempunyai rumah persatuan sendiri.

COMMITTEE MEMBER:  MUHAMAD NORSHAM ABDUL SAMAD

Muhammad Norsham Abdul Samad adalah nama sebenar Shamo. Beliau pernah menjadi seorang perekabentuk grafik dengan IKEA, sebuah syarikat perabot terkenal Sweden di Singapura. Selepas sembilan tahun bersama IKEA, beliau beralih bidang menjadi jurugambar professional di syarikat Kodak Digiphoto. Beliau telah dianugerahkan jurugambar terbaik di Merlion Sentosa. Kemudian beliau bertugas di Fujifilm sebagai pelatih ‘instant photography programmer’.  Lima tahun selepas itu, beliau menubuhkan syarikatnya sendiri Paparazis Entertainment di Singapura yang menawarkan ‘instant photography’ di majlis-majlis perkahwinan. Oleh kerana syarikat beliau adalah syarikat pertama yangg menawarkan instant photography di majlis-majlis Melayu, beliau diketengahkan oleh Berita Harian di ruangan Ekoniaga dan terus menjadi jurugambar rasmi Angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor semasa lawatannya ke Singapura. Dua tahun kemudian beliau berhijrah ke Perth Australia untuk meneruskan impian-impian beliau yang lain. Kini beliau adalah seorang Carpenter dan sudah empat tahun menetap di Perth, Australia.

COMMITTEE MEMBER: HJ KAMARUDDIN ABD RAHMAN

Coming soon
COMMITTEE MEMBER: SARIPAH SYED OTHMAN

Coming soon
COMMITTEE MEMBER:  HJ ABDUL RAHMAN YAHYA

Coming soon

 

COMMITTEE MEMBER: MU ADZ BUDIMAN

Coming soon